Pembiayaan peribadi adalah sejenis pinjaman tidak bercagar daripada bank atau koperasi. Ini bermakna anda boleh membuat pinjaman daripada bank atau koperasi tanpa sebarang cagaran atau penjamin.
Akan tetapi, anda masih perlu membuat pembayaran sepeti yang ditetapkan untuk mengelakkan dikenakan Caj bayaran lewat atau memberi kesan negatif terhadap nama rekod anda di Bank Negara.
Tempoh pembayaran balik bagi pembiayaan peribadi bank atau Koperasi adalah lebih singkat berbanding pinjaman perumahan, iaitu dalam tempoh 1 hingga 10 tahun.
Selain itu, pinjaman peribadi juga boleh dibuat tanpa sebarang tujuan , tidak seperti pinjaman kereta atau perumahan.
Pembiayaan ini boleh dibuat atas tujuan2 lain seperti melanjutkan pelajaran, pengubahsuaian rumah, pelaburan saham, perniagaan dan kecemasan seperti perubatan untuk diri atau ahli keluarga yang tersayang.
Walaubagaimanapun, kami tidak menggalakkan anda mendapatkan sebarang pinjaman peribadi tanpa membuat sebarang pertimbangan teliti terlebih dahulu.
Bagi seseorang yang hendak mendapatkan pinjaman peribadi pada masa terkini. Pemohon digalakkan memohon pembiayaan yang kadar terendah di pasaran untuk mengurangkan baki hutang dalam jangka masa yang panjang. Antara manfaat mendapatkan pinjaman peribadi termasuklah:
Jika anda mempunyai pinjaman-pinjaman peribadi yang lain di koperasi, bank atau baki kad kredit yang besar, langsaikan baki hutang anda dengan satu pinjaman peribadi dengan kadar faedah yang rendah dan durasi pembayaran yang panjang. Anda dapat mengurangkan kadar faedah keseluruhan dan pembayaran balik bulanan yang rendah, malah anda hanya perlu menyelesaikan satu pinjaman tiap-tiap bulan sahaja.
Kesihatan diri atau ahli kelurga perlu sentiasa diutamakan berbanding kedudukan kewangan anda. Jika anda atau orang yang disayangi terlibat dalam sesuatu kemalangan dan anda tidak dilindungi insurans perubatan, pinjaman peribadi adalah cara penyelesaian paling mudah bagi mendapatkan rawatan yang diperlukan.
Ya, semua pembiayaan yang disediakan di laman platform kami adalah berkonsep Syariah.
Anda mesti menyediakan dokumen-dokumen yang berikut untuk melengkapkan proses permohonan pinjaman rasmi.
Anda layak memohon jika anda seorang penjawat awam dan memenuhi syarat-syarat ini :
Pinjaman anda dibayar balik setiap bulan kepada Bank atau koperasi melalui potongan payslip oleh Jabatan Akauntan Negara(AG), Biro Perkhidmatan Angkasa atau Bank Autodebit Gaji.
Tidak Perlu, anda tidak perlu membuat pembayaran pendahuluan semasa memohon atau memproses permohonan pinjaman peribadi. Perkhidmatan yang disediakan oleh kami adalah percuma.
Jumlah pinjaman bergantung pada status jawatan pemohon, pendapatan dan komitmen bulanan. Jumlah pinjaman tertinggi ialah RM400,000, dan ia bergantung kepada tawaran oleh institusi kewangan tertentu . Walaubagaimanapun, pendapatan dan komitmen bulanan anda juga memainkan peranan bagi menentukan jumlah pinjaman yang anda layak.
Tempoh yang diambil untuk memproses kelulusan berbeza mengikut bank atau Koperasi, iaitu dari 48 jam hingga beberapa minggu.
Perunding-perunding kewangan kami yang mesra di pinjamkoperasi.com akan menghubungi anda untuk menyemak kelayakan dan memberi cadangan produk pinjaman peribadi yang paling senang untuk mendapat kelulusan.
WhatsApp us