Soalan Lazim

Pembiayaan Peribadi Untuk Penjawat Awam – Soalan Lazim

Apakah Pembiayaan Peribadi Bank atau Koperasi?

Pembiayaan peribadi adalah sejenis pinjaman tidak bercagar daripada bank atau koperasi. Ini bermakna anda boleh membuat pinjaman daripada bank atau koperasi tanpa sebarang cagaran atau penjamin.

Akan tetapi, anda masih perlu membuat pembayaran sepeti yang ditetapkan untuk mengelakkan dikenakan Caj bayaran lewat atau memberi kesan negatif terhadap nama rekod anda di Bank Negara.

Tempoh pembayaran balik bagi pembiayaan peribadi bank atau Koperasi adalah lebih singkat berbanding pinjaman perumahan, iaitu dalam tempoh 1 hingga 10 tahun.

Selain itu, pinjaman peribadi juga boleh dibuat tanpa sebarang tujuan , tidak seperti pinjaman kereta atau perumahan.

Pembiayaan ini boleh dibuat atas tujuan2 lain seperti melanjutkan pelajaran, pengubahsuaian rumah, pelaburan saham, perniagaan dan  kecemasan seperti perubatan untuk diri atau ahli keluarga yang tersayang.

Walaubagaimanapun, kami tidak menggalakkan anda mendapatkan sebarang pinjaman peribadi tanpa membuat sebarang pertimbangan teliti terlebih dahulu.

Bila masa yang paling sesuai untuk anda membuat pembiayaan peribadi?

Bagi seseorang yang hendak mendapatkan pinjaman peribadi pada masa terkini. Pemohon digalakkan  memohon pembiayaan yang kadar terendah di pasaran untuk mengurangkan baki hutang dalam jangka masa yang panjang. Antara manfaat mendapatkan pinjaman peribadi termasuklah:

  • Menggabungkan semua hutang melalui konsolidasi hutang (All in One)

Jika anda mempunyai  pinjaman-pinjaman peribadi yang lain di koperasi, bank atau baki kad kredit yang besar, langsaikan  baki hutang anda dengan satu pinjaman peribadi dengan kadar faedah yang rendah dan durasi pembayaran yang panjang. Anda dapat mengurangkan kadar faedah keseluruhan dan pembayaran balik bulanan yang rendah, malah anda hanya perlu menyelesaikan satu pinjaman tiap-tiap bulan sahaja.

  • Pembayaran perubatan kecemasan

Kesihatan diri atau ahli kelurga perlu sentiasa diutamakan berbanding kedudukan kewangan anda. Jika anda atau orang yang disayangi terlibat dalam sesuatu kemalangan dan anda tidak dilindungi insurans perubatan, pinjaman peribadi adalah cara penyelesaian paling mudah bagi mendapatkan rawatan yang diperlukan.

Adakah pembiayaan peribadi ini berkonsep Syariah?

Ya, semua pembiayaan yang disediakan di laman platform kami adalah berkonsep Syariah.

Adakah saya layak meminjam?


Anda layak memohon jika anda seorang penjawat awam dan :

  • Seorang warganegara Malaysia berumur 20 hingga 55 tahun
  • Berjawatan tetap atau kontrak dan berkhidmat minima 3 bulan di sektor awam
  • Pendapatan Gaji Pokok dan Elaun  tetap minima RM1,500
  • Tidak diisytiharkan muflis oleh Jabatan Insovesi
  • Mampu membayar balik pinjaman melalui Potongan Biro Angkasa, potongan payslip atau bank Autodebit 

Apakah jenis dokumen pengenalan dan dokumen pendapatan yang perlu disertakan bersama permohonan pinjaman saya


Anda mesti menyediakan dokumen-dokumen yang berikut untuk melengkapkan proses permohonan pinjaman rasmi.

  • Salinan kad pengenalan (depan dan belakang) disahkan Majikan
  • Penyata gaji (payslip) untuk 3 bulan terkini disahkan Majikan
  • Surat pengesahan jawatan
  • Salinan bil utiliti (untuk pinjaman koperasi tertentu sahaja)
  • Salinan penyata bank terkini dengan kredit gaji bulanan anda
  • Surat Penyelesaian Baki Hutang Bank, Koperasi atau Institusi kewangan lain

Bagaimanakah proses bayaran balik pinjaman

Pinjaman anda dibayar balik setiap bulan kepada Bank atau koperasi melalui potongan payslip oleh Jabatan Akauntan Negara(AG), Biro Perkhidmatan Angkasa atau Bank Autodebit Gaji.

Perlukah saya membayar deposit atau bayaran pendahuluan ketika memohon pinjamana peribadi ?

Tidak Perlu, anda tidak perlu membuat pembayaran pendahuluan semasa memohon atau memproses permohonan pinjaman peribadi. Perkhidmatan yang disediakan oleh kami adalah percuma.  

Berapakah jumlah pinjaman yang layak dipohon dalam pinjaman peribadi Bank atau Koperasi?

Jumlah pinjaman bergantung pada status jawatan pemohon, pendapatan dan komitmen bulanan. Jumlah pinjaman tertinggi ialah RM400,000, dan ia bergantung kepada tawaran oleh institusi kewangan tertentu . Walaubagaimanapun, pendapatan dan komitmen bulanan anda juga memainkan peranan bagi menentukan jumlah pinjaman yang anda layak .

Berapa lamakah tempoh diperlukan bagi suatu permohonan pinjaman peribadi dapat diluluskan?

Tempoh yang diambil untuk memproses kelulusan berbeza mengikut bank atau Koperasi, iaitu dari 48 jam hingga beberapa minggu.

Mengapakah anda patut memohon pinjaman peribadi melalui laman web pinjamkoperasi.com?

Perunding-perunding kewangan kami yang mesra di pinjamkoperasi.com akan menghubungi anda untuk menyemak kelayakan dan memberi cadangan produk pinjaman peribadi yang paling senang untuk mendapat kelulusan.